nuff for click

Saturday, August 28, 2010

Cikgu BM. Only happen in Malaysia

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

25 comments:

«-°[§nºw.ªngè£]°-» said...

nice !

faizzach said...

nice?? srabut ooo kalo dpt ank murid cmni... lurus bndul suma.. hehehe...

::sherry:: said...

Hahahaha.. lawakk gila. !! =DD

aLya said...

cian cg tu..hahaha

misyamissyou said...

bongok..hahaa

Azwandy Bin Muhamad said...

Alahai...Kesian cikgu BM tu...

munirah said...

suka2... lawak je.. :D

qimie budak hensem said...

lawak...

Malwanaz said...

hoho..version baru ni.. nice..

cimut munniey :) said...

kelakar gila HAHA. comel jekan. padam muka cg hehe

fathiah said...

hahaha. lawak gler :)

Butik Bella said...

Wow.. Ini CERITA PALING LUCU & PALING LAWAK SANGAT lah .. hahahhahaaa

Makasih dah berbagi CERITA LUCU yaa.. :)

Yua Zawa said...

haha gelak2 sorang baca entry ni..

faizol-1 said...

hahaha eyes lawak!!

::::.cik itam..:::: said...

hahaha... mmg siyes lawak..
klu cik itam jd cikgu mahu nyer pengsan..

Yanie J said...

sabar jela sape jd ckgu klo jmpe ank murid camni..
HAHAHAHAA ;D

faizzach said...

sekolah mana la ni.. nk kena pi cri ni.. ni.. lempang sorg2.. hahaha

yahaya said...

sekolah cikgu shaari,cikgu suka main bola,hari hari hari cikgu main bola..

HaNTwO said...

hahahahahah lawak gile..

cikCOKLET:) said...

miaha ha ha ha.

gelak guling guling*

^^

Arisa Mihashi said...

dah penah baca tapi nak gelak jugak.bwuahhahahahaha

maCy said...

dahsyat. haha

Bazilah said...

cepat pulak tu bagi jawapan!HAHA

rara :) said...

bengang je cikgu tuuu.
HAHA

Hayla said...

mmg lawak giler!!

Post a Comment

Lets Click!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...